m e m o r y
home twitter


Cactus
Saturday, March 3, 2012 | 3/03/2012 04:15:00 PM | 1 comments

  Minho dan Tiffany hidup berjiran. Berkawan baik sejak kecil. Kini, sudah tiba masanya untuk mereka menuju kedewasaan. Mereka membesar bersama dan belajar untuk menyakiti diri masing-masing. Dengan menyakiti diri masing-masing, mereka menjadikan ia sebagai satu permainan. Meskipun dilanda hiba,mereka tetap tertawa riang.   Pada suatu hari ketika di sekolah rendah, Minho mengucup seorang gadis. Tiffany yang berada di situ kecewa melihat keriangan merah yang terlakar di segenap wajah Minho. Tiiffany berlalu dengan lelaki lain yang diapit rapat. Tabiat ini terus berkekalan sehingga melangkah alam remaja, menyakiti hati masing-masing adalah agenda utama mereka.    Ironisnya, mereka menyayangi satu sama lain tapi jauh di sudut hati, mereka bersifat kaktus yang sering berbelah untuk menyakiti diri masing-masing. Hanya mereka sahaja yang memahami gaya persembahan mereka itu.

Menjelang dewasa, konflik Minho dan Tiffany ini mula mendatangkan musibah kepada individu lain.Gadis yang dikucup ketika sekolah rendah (Luna) itu menjadi rakan kelas Minho sehinggalah di alam universiti. Dalam diam,Luna telah jatuh cinta kepadanya. Dan dalam diam juga,Luna menjadi mangsa pertelingkahan dua insan tersebut. Mana tidaknya,setiap kali pertelingkahan terjadi, Minho akan berlagak bagai benar-benar mendampingi Luna.    Ini sekaligus mengundang pelbagai spekulasi kepada orang sekeliling. Mereka kadang-kadang bertengkar di tengah jalan tanpa menghiraunkan mata yang memandang. Lebih parah, perasaan sayang mereka masih tetap terpahat kukuh di dalam hati.   

 Seharusnya, mereka tidak patut bersikap begitu sejak awal kerana perbalahan mereka tidak pernah tamat dan Minho mula merasai kesan pahitnya. Maka,pada hari lahirnya yang ke-20, dia sedar bahawa kebahagiaan itu harus dicari sendiri. Setelah puas berlatih di hadapan cermin, dia ke rumah Tiffany. Pintu diketuk. Dia gusar,tidak pernah dia mengggunakan nada rendah untuk bercakap dengan Tiffany selama ini. "Malam ini, saya harap awak sudi datang ke majlis hari jadi saya," ujar Minho, sedikit gugup. Dia merapati genggamannya kepada Tiffany lalu menyambung, "Malam ini,saya ingin memberitahu semua perihal insan teristimewa buat saya,"   Riak Tiffany bertukar seribu. Hatinya lantas berdegup pantas. Beberapa puluh minit sesudah itu, Tiffany kelihatan sedang bersantai di balkoni rumah Minho sambil memerhatikan rakan-rakan yang bertali arus hadir. Tidak lama selepas itu,dia terpandang Luna tiba bersama sebiji kek agam.    Tidak semena-mena, dia terasa seperti makhluk yang bodoh. Mereka telah bergaduh selama 10 tahun. Maka, tiada alasanlah untuk Tiffany boleh gembira dengan tindakan Minho itu. 

Mengetahui bahawa Minho akan mengumumkan Luna sebagai kekasihnya, Tiffany lekas membuat panggilan telefon.   "Dulu kau pernah menyatakan hasrat kau agar aku menjadi teman wanita kau,bukan? Aku sudah fikir masak-masak dan...ya,aku bersetuju."     Sekilas cuma,muncul seorang lelaki di kaki pintu(Changmin).   Apabila keadaan kian membingit, Tiffany muncul di celah-celah para hadirin bersama Changmin di sisi. Sambil melentokkan kepala ke bahu, dia memperkenalkan Changmin sebagai kekasihnya kepada Minho.Keadaan kini bertukar lain. Seorang insan yang memaut harapanlah sering kali menjadi sang lemah . Dan Minho hiba.....hiba akan senyuman Tiffany yang lebih ceria dari dahulu. Dia lalu menarik tangan Luna dan membawa ke tepi.   "Sebenarnya malam ini,saya juga hendak mengumumkan kepada semua bahawa gadis ini adalah teman wanita saya.  Bagi saya,dialah insan yang teristimewa." 

Ternyata mereka lebih kejam terhadap diri masing-masing pada malam tersebut.   Justeru itu,untuk membuatkan saing mereka lebih terluka,Minho dan Tiffany berbuat baik dengan pasangan mereka. Perselisihan mereka kian memuncak. Akhirnya mereka mengkonklusikan keadaan dengan berpindah ke dua tempat berbeza ; satu di hulu daerah dan satu lagi di hilir.    

Dan ia berterusan selama 10 tahun.  

 Dalam tempoh itu, mereka telah berkahwin. Minho berkahwin dengan Luna manakala Tiffany pula setelah berkali-kali bertukar pasangan, akhirnya bersetuju untuk mengakhiri zaman bujang setelah mengetahui takdir Minho.   10 tahun berlalu lagi dan Minho serta Tiffany dijemput ke sebuah majlis perjumpaan bekas pelajar. Setelah makan dan minum,ada yang hadir mula menitiskan air mata apabila terbuka cerita zaman remaja dahulu.Dengan mata berkaca-kaca, Minho bertanya kepada Tiffany, "Kau tahu kenapa aku berkahwin?"    Tiffany memandang tajam ke arah Minho. Dia sedar ,semuanya kerana niat Minho yang hanya ingin menyakiti hatinya. Tiba-tiba,Minho mula teresak-esak lalu berkata, "Suatu hari,setelah 5 tahun bersama, Luna menangis di hadapan aku. Katanya,dia tahu aku tidak cintakan dia. Orang yang aku cintai adalah kau. Nasihatnya,lebih baik aku kembali ke pangkuan kau."   

Minho menyedari cinta Luna terhadapnya kian utuh. Dia hanya menggunakan Luna untuk bersaing dengan Tiffany. Minho merasakan bahawa dia hanya bajingan semata-mata. Dia tidak sepatutnya menyakiti insan semurni Luna. Dia membuat keputusan untuk membalas budi baik Luna seumur hidupnya. Dia juga bersumpah untuk membuatkan Luna bahagia selagi nyawa dan rohnya belum terpisah.   Tiffany terkejut melihat kekusutan pada raut Minho. Ketika itu Tiffany sedar, dunia telah berubah dan digubah. Ianya kejam.   


Seperti kaktus ; walau betapa tajam luarannya,dalamnya masih tetap cecair yang lembai.   Sakit hati di onak mereka tidak mampu dipulih. Ia meninggalkan kesan parut yang dalam kepada perasaan mereka.   Tiffany pulang ke rumah dengan dahi berkerut. Setelah duduk di sofa dan membuka televisyen, Tiffany akhirnya terlena. Dia bermimpi dengan mengimbau semula zaman genitnya ; ketika terlihat Minho mencium Luna. Dia hanya memandang lalu menangis bagai tiada kesal. Seperti sang khilaf yaang melakukan kesilapan besar, Minho berlutut di hadapannya dan cuba menggembirakannya.   Tiffany semakin teresak. Air mata berlumba-lumba ke dagu. Dia mengalirkan manik-manik kaca yang tersimpan selama 20 tahun...yang akhirnya terurai juga walaupun hanya di dalam sebuah mimpi....