m e m o r y
home twitter


My Way
Wednesday, November 28, 2012 | 11/28/2012 06:21:00 PM | 0 comments



Sehelai daun melayang.
 Di musim luruh bersendirian.
Pemandangan kian pudar.
Perasaan hati semakin mencengkam.
Pemandangan yang dilitupi kebiruan.
Berpanjangan dalam suasana penuh ceria.
Yang jarang dapat dilihat.

Aku menutup mata, melahirkan satu mimpi.
Menunggu kedatangan hari esok, menghampiri destinasi yang dicari.
Hari pertama setelah ku pergi, awan kelabu menutup tirai.
Dalam hati nan sayu, ku berharap.
Agar kita dapat bersama wahai teman.
Seperti hari hari yang lalu ; saat kita tidak melukai perasaan masing masing.

Tetapi, aku alpa. Bahawa kau telah tiada, malah tidak mungkin akan kembali lagi.
Masih terbayang dalam ingatan.
Pandangan matamu yang redup, senyumanmu yang menawan.
Sekerdip mata setelah terjaga dari mimpi.
Ku lupa akan kesedihan, langsung tidak menangis.
Kenapa ?

Setiap insan perlu mencari kebahagiaan.
Dan aku temui kebahagiaan itu ketika bersama kamu kerana selama ini aku selalu pendamkan perasaan dan hanya tahu untuk mengukir senyuman palsu akibat kisah silamku.
Setelah bertemu denganmu, ku sedar bahawa kamu telah memberikan secebis kebahagiaan kepadaku walaupun hanya sementara.

Bersyukurlah kita kerana kita masih hidup, untuk mencari matlamat hidup.
Mungkin apabila kita sudah mencapai kejayaaan, mungkin akan adanya kejutan yang sedang menunggu dengan tenang..